Tuesday, May 12, 2009

Implikasi kepada insomnia 0330am, isnin 04mei2009

Idea tercetus apabila mata masih belum penat bertarung dan sanggup bersengkang walaupun masa berdetik tepat jam 3.30pg waktu tempatan.Bosan mencipta kelainan.suatu ayat mudah untuk difahami namun mempunyai makna yg amat mendalam. Dengan rasa bosan, segalanya boleh wujud. Bertemankan sebiji kamera slr digital, segala macam ragam manusia boleh dipotret. Sehelai kanvas kosong boleh terisi dengan pelbagai corak berwarna. Manusia dan masa.keduanya penting dan berkaitan. Manusia tercipta dan masa menentukan sejarahnya. Apekah yg ingin sy simpulkan di sini? Setiap saat itu penting. Jgn penuhi dengan suatu yg melalaikan dan lagha. Siapa yg nak mendengar celoteh dan bebelan si penulis ini? Buang masa dan tenaga sahaja memberi komen. Lebih baik kita tumpukan topic pada hal yg lebih menarik.
Dunia tercipta dengan wujudnnya sempadan dan benua. Betapa luasnya bumi hingga boleh tercipta berjuta-juta manusia. Apa yg menarik, manusia boleh berkomunikasi sesame mereka walau berada jauh beribu batu. Terdetik di hati ingin memulakan langkah baru di tempt yg berbeza. Azam untuk belajar di luar Negara masih belum terkubur lagi. Tengok beberapa tahun lagi, akan ku pijak bumi matahari terbit. Akan ku takluk manusia di sana.Jepun atau Korea menjadi pilihan hatiku.
Perasaan dengki yg menular di hati semakin kuat pabila meninjau rakan-rakan yg bertaburan di luar sana..sebut sahaja di mana. Pasti ada sekurang-kurangnya seorang. Kawan2 rapatku merata-rata. Seorang di Jepun.namanya nur diyana. Seorang yg sgt pelik namun bagiku dy unik. Seorang di australia, aina zalikha azimi. Rakan yg paling tinggi dan paling suke mengukir senyum antara kami.umpamanya tiada sebarang masalah yg merantai diri. Fatehah hashim nun jauh di bumi UK.berpisah jauh dengan teman lelaki yg berada di Indonesia. Mereka sungguh serasi bersama. Ada unsure iri hati tercetus di hati melihat kemesraan mereka berdua. Oh, yg lain masih ada di bumi Malaysia. Namun ini hanya rakan rapatku. Ramai lagi rakan2 yg sama bersekolah menegah dulu berada di luar Negara. Paling ramai di Australia.

Suka untuk merasai tinggal di Negara 4 musim. Bila agaknya?sabar wahai hati. Berjuanglah demi mengejar cita2mu. Banyak telah kulayari blog2 mreka termasuk blog rakan adik ku yg kini di korea. Bicara tentang gadis ulsan yg cantik semulajadi berbanding gadis di seoul, menarik perhatianku. Begitu juga bagaimana wujudnya tradisi baru di seoul bg pasangan kekasih untuk meletakkan mangga kunci di eskelator menara seoul bg bukti dan melafazkan janji. Kunci mangga itu kemudiannya dibuang ke dalam hutan di bwah menara. Menarik! Teringin untuk melihat fenomena itu dengan mata kepala sendiri. Bagaimana hati ini terlalu kuat rasa untuk merantau seluruh dunia! Tuhan pasti mendengar. Perkenankan lah doaku ini agar dapat ak menerokai bumiMu ya Allah!

Coretan perlu dihentikan setakat ini. Lambang tanda seru di dalam segitiga berwarna kuning sudah kelihatan pada gambar bateri laptop ku ini.ia menandakan….masa untuk mengulit mimpi!
Nanti! Beri saya masa untuk memperkenalkan sahabat saya yg baru…
Diperkenalkan pada 30 april 2009( harijadi yg ke 21!) oleh ayahanda tercinta, laptop acer 4730z.unik nama nya..namun telah pun saya memberi nama baru untuk sahabatku ini..BECKO…selamat datang ke dunia ku. Maaf andai kau rasa namamu tidak sedap. Namun ia begitu unik pada tanggapan ku.terrima kasih yg xterhingga kepada ayah yg membelikan hadiah yg begitu berharga ini. Aku betul2 menghargainya.!aku sayang ayah!dan emak! Dan semua ahli keluargaku! Tanpa kalian, hidup ini xkan bermakna.
Amaran terakhir telah menunjukkan dirinya. Aku perlu menoktahkan coretan ini. Sampai di sini sahaja. Selamat sejahtera untuk semua.

No comments: